Saturday, November 9, 2019

Lelaki Marlboro Meninggal Dunia

DENVER-Mesti ada antara kita masih ingat seorang lelaki yang menjadi penyeri kotak rokok terkenal dari Amerika Syarikat, Marlboro meninggal dunia pada usia 90 tahun di kediaman keluarganya di Colorado awal minggu ini.


Robert Norris yang juga sinonim dengan gelaran 'Marlboro Man' adalah model asal kepada rokok keluaran syarikat Philip Morris Internationam Inc selama 12 tahun.

Pada 1954 Norris membuat kemunculan pertama dan membintangi ratusan iklan rokok berkenaan di Eropah dan AS sebelum ia diharankan di kaca tv pada tahun 70 an.

Majalah, akhbar dan papan iklan seluruh dunia juga turut tidak ketinggalan memapar wajahnya.

Meskipun menjadi model rokok, Norris yang terkenal dengan imej topi koboi, bagaimanapun tidak pernah merokok sepanjang hayatnya.

Selepas 12 tahun menjadi model rokok, Norris memutuskan untuk menamatkan kontrak lumayannya sebagai lelaki Marlboro kerana menyedari tabiat merokok amat berbahaya kepada kesihatan.

Malah turut menasihati masyarakat supaya menjauhi tabiat buruk berkenaan.

Selain Norris, beberapa lelaki lain pernah menjadi lelaki Marlboro namun kesemua mereka meninggal dunia akibat kanser berpunca daripada tabiat merokok yang kronik.


No comments:

Post a Comment